Selasa, 5 April 2011

WARNA

5.0 WARNA
Warna ialah tindak balas cahaya terhadap sesuatu permukaan. dalam karya seni visual, warna  ialah pigmen pewarna kimia yang bertindak balas pada sesuatu permukaan bagi menghasilkan palitan atau sapuan untuk mencorak dan menghasilkan imej. Secara umumnya warna datang daripada cahaya ciptaan tuhan. tanpa cahaya , warna tidak akan wujud dengan sendiri.



biasan cahaya putih menghasilkan 7 juzuk warna

5.1 JENIS-JENIS WARNA

WARNA ASAS

Warna asas dikenali sebagai warna utama. warna asas adalah warna daripada pigmen yang asli dan tidak dicampur dengan warna-warna lain. Terdapat tiga warna asas iaitu warna biru, kuning dan merah. melalui ketiga-tiga warna ini, lain-lain warna dapat dihasilkan setelah dicampur.

MERAH
KUNING
BIRU


roda warna asas
  


















WARNA SEKUNDER
Warna sekunder adalah hasil daripada campuran warna asas iaitu :
MERAH + KUNING = JINGGA
KUNING + BIRU = HIJAU
BIRU + MERAH = UNGU

 
campuran warna




WARNA TERTIAR

Warna tertiar ialah hasil campuran satu warna utama dan warna sekunder yang bersebelahan dalam roda warna. sifat warna tertiar ialah berwarna lembut dan kehebatan warnanya kurang jika dibandingkan dengan warna asas dan warna tertiar. warna tertiar ialah:

KUNING + HIJAU -> KUNING - HIJAU
KUNING + JINGGA -> KUNING - JINGGA
MERAH + JINGGA -> MERAH - JINGGA
MERAH + UNGU -> MERAH - UNGU
BIRU + HIJAU -> BIRU - HIJAU
BIRU + UNGU -> BIRU - UNGU


campuran warna tertiar


5.2 NILAI WARNA

Nilai warna ialah kadar kecerahan warna dengan mencampurkan warna-warna tertentu. terdapat dua nilai warna:
1. Ton Warna
2. Kroma Warna

1. Ton Warna
Ton warna ialah nilai kecerahan dan kegelapan sesuatu warna.
Cara menghasilkan ton warna :
Ton warna cerah : dapat dihasilkan dengan campuran warna putih pada warna lain mengikut kadar tertentu.
Terhasil apabila satu warna dicampur dengan nilai kadar warna putih mengikut peringkat demi peringkat

Ton warna cerah

Ton warna gelap: dapat dihasilkan dengan campuran warna hitam pada warna lain mengikut kadar tertentu
terhasil apabila satu warna dicampur dengan nilai kadar warna hitam mengikut peringkat demi peringkat



Ton warna gelap

2. KROMA WARNA
Kroma warna ialah nilai ukuran kuasa sesuatu warna yang menunjukkan kepada kadar kecerahan dan kemalapan (pudar) warna setelah dicampur dua warna.
Terhasil daripada campran warna penggenap dengan nisbah warna yang berbeza. misalnya warna merah apabila dicampur dengan warna hijau dengan nisbah berbeza akan menghasilkan warna natural (kelabu).


kroma warna

5.3 GUBAHAN WARNA
Gubahan warna ialah penghasilan warna melalui beberapa kaedah, antaranya:
1. WARNA HARMONI
2. WARNA PENGGENAP
3. WARNA SEWARNA
4. WARNA NATURAL

1. WARNA HARMONI
Warna harmoni ialah satu set atau kumpulan warna yang terletak bersebelahan antara satu sama lain seperti yang terdapat pada roda warna. Warna harmoni boleh didapati lebih daripada dua warna dan disebut juga sebagai warna keluarga.



menunjukkan warna harmoni


2. WARNA PENGGENAP
Warna penggenap adalah warna yang bertentangan pada roda warna. Misalnya, warna kuning bertentangan dengan warna hijau, warna kuning bertentangan dengan warna ungu, warna biru bertentangan dengan warna jingga.


warna bertentangan menjadi warna penggenap

3.WARNA SEWARNA
Warna sewarna juga dikenali sebagai monokroma warna. warna sewarna terjadi apabila satu warna dicampurkan dengan warna putih atau hitam untuk menghasilkan kecerahan dan kegelapan warna. warna sewarna akan menimbulkan karya seni yang harmoni.



4. WARNA NATURAL
Warna natural adalah warna-warna yang tidak tergolong dalam warna asas, sekunder, dan tertiar. Warna natural ialah putih, hitam dan kelabu. Warna-warna ini juga dikenali sebagai  WARNA PASTEL atau warna yang lembut.




5.4 SUHU WARNA
Suhu warna adalah keamatan atau kecerahan warna dan bergantung pada perasaan dan penglibatan tampak. Kecerahan warna menjadikan warna lebih garang, panas. dan keamatan yang tinggi. Terdapat dua suhu warna, iaitu:
1. WARNA PANAS
2. WARNA SEJUK

1. WARNA PANAS
Warna panas berada bersebelahan dalam roda warna( lihat roda warna) iaitu warna merah, kuning dan jingga. kebiasaannya warna ini nilai kehebatannya tinggi.


roda warna panas dan sejuk
  



2.WARNA SEJUK
warna sejuk ialah berada bersebelahan dalam roda warna (lihat roda warna) iaitu warna hijau, biru, dan ungu. kebiasaannya warna ini kehebatannya rendah.

5 ulasan: