Jumaat, 8 April 2011

RUANG

1.6 RUANG
Ruang adalah jarak atau kawasan antara dua objek sama ada objek alam sejadi atau dalam sesebuah karya seni visual. Perbezaan jarak antara dua objek merupakan satu ruang yang dekat, jauh, sempit, luas, cetek, atau dalam. Biasanya objek yang berada di  hadapan lebih jelas dan besar jika dibandingkan dengan objek sama saiz yang berada di bahagian belakang.

ruang menunjukkan perspektif jauh dan dekat


objek dihadapan lebih jelas















6.2 JENIS-JENIS RUANG
1.RUANG TERBUKA
2. RUANG ILUSI

1. RUANG TERBUKA
Ruang terbuka juga dikenali sebagai ruang konkrit. Persekitaran kita adalah ruang seperti bangunan, alam sejadi, kenderaan, arca dan sebagainya.

ruang alam sejadi


ruang nyata












2.RUANG ILUSI
Ruang ilusi adalah ruang yang dihasilkan oleh pengkarya dalam sebuah karya seni visual seperti catan, arca, cetakan, reka bentuk grafik, reka bentuk industri, reka bentuk dalaman, dan reka bentuk persekitaran.



ruang pada ukiran

ruang pada karya grafik


















6.3 KONSEP RUANG DALAM KARYA SENI VISUAL.
1. RUANG DALAM
2. RUANG CETEK
3. RUANG RATA

1. RUANG DALAM
Ruang dalam merupakan ruang yang kelihatan jauh. Konsep ruang dalam disebut juga ruang atmosfera. kebiasaannya ruang yang mempunyai kedudukan perspektif titik lenyap adalah ruang dalam bagi sesebuah karya.

















2. RUANG CETEK
Ruang cetek merupakan ruang yang kelihatan dekat. kebiasaannya ruang cetek tidak mempunyai kedudukan perspektif titik lenyap. Karya seni seperti potret, figura, dan karya abstrak adalah penggunaan ruang cetek.



lukisan yang menggunakan ruang cetek


potret dan ruang cetek

3. RUANG RATA
Ruang rata merupakan ruang yang paling minimum dan tidak menunjukkan kededekan kedalaman. Konsep ruang rata adalah mendatar dan tidak ada ruang perspektif langsung. Karya grafik seperti logo, corak dan karya abstrak menggunakan ruang rata.







 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan