Rabu, 27 April 2011
KEPELBAGAIAN
KEPELBAGAIAN
kepelbagaian dalam seni visual merujuk kepada aktiviti gaya, perlanjutan, dan kontra dalam gubahan. berlawanan dengan harmoni yang mementingkan irama dan pengulangan, sebaliknya kepelbagaian merujuk kepada penggunaan asas seni reka yang digabungkan dalam satu bentuk gubahan yang kontra dan pelbagai.

kepelbagaian warna dan corak |
kepelbagaian bentuk |
kepelbagaian rupa |
kepelbagaian bentuk dan garisan |
kepelbagaian warna |
kepelbagaian garisan |
PENEGASAN
PENEGASAN
Penegasan dalam konteks karya seni visual ialah sesuatu yang boleh menarik perhatian dan tumpuan kepada pemerhatian tampak. penegasan berfungsi sebagai daya penarik, pemusatan karya, mengelak daripada kebosanan dan menjadikan gubahan lebih dramatik.

Khamis, 21 April 2011
IMBANGAN
IMBANGAN
Imbangan dalam konteks seni visual ialah keadaan gubahan yang sama sempadan, sama berat dan graviti, sama kecerahan warna, sama padan dan sama gaya penampilan.
JENIS-JENIS IMBANGAN
1) IMBANGAN SIMETRI
2) IMBANGAN TIDAK SIMETRI
3) IMBANGAN SEMUA ARAH
IMBANGA SIMETRI
Imbangan simetri bersifat seimbang kiri dan kanan gubahan. Garisan 'axis' dilukis di tengah-tengah untuk memastikan kedudukan seimbang.
IMBANGAN TIDAK SIMETRI
Imbangan tidak simetri ialah objek atau reka letak yang tidak sama kiri dan kanan atau atas dan bawah. namun demikian kesan imbangan masih wujud.

Jumaat, 15 April 2011
KONTRA
KONTRA
kontra dalam konteks seni visual ialah gubahan objek yang bertentangan dari segi saiz, warna, bentuk, jalinan, kedudukan ruang dan graviti. Kontra juga wujud di dalam alam sekitar apabila objek yang tidak sama terletak di sesuatu tempat.
KONTRA PADA KARYA SENI VISUAL

kontra dari segi rupa |
kontra pada rupa dan warna |
kontra pada garisan |
kontra pada bentuk |
kontra pada warna |
kontra pada jalinan |
kontra pada ruang |
PRINSIP REKAAN
PRINSIP REKAAN
Prinsip rekaan adalah elemen asas dalam sesebuah karya seni. Melalui prinsip rekaan, gubahan dapat digubah dan dibentuk dengan menggunakan pelbagai teknik dan media. Karya yang balik ialah yang menyusun dan mengaplikasikan prinsip rekaan dengan menggunakan unsur seni sebagai persembahan.
HARMONI
sesuatu rekaan seni visual yang melibatkan susunan atau ulangan unsur-unsur seni visual mengikut cara dan prinsip yang tersusun dan menimbulkan kesan yang menarik. Harmoni wujud pada benda-benda alam dan benda buatan manusia.

harmoni pada garisan |
harmoni pada rupa |
harmoni pada ruang |
harmoni pada bentuk |
harmoni pada jalinan |
harmoni pada warna |
Jumaat, 8 April 2011
RUANG
1.6 RUANG
Ruang adalah jarak atau kawasan antara dua objek sama ada objek alam sejadi atau dalam sesebuah karya seni visual. Perbezaan jarak antara dua objek merupakan satu ruang yang dekat, jauh, sempit, luas, cetek, atau dalam. Biasanya objek yang berada di hadapan lebih jelas dan besar jika dibandingkan dengan objek sama saiz yang berada di bahagian belakang.
6.2 JENIS-JENIS RUANG
1.RUANG TERBUKA
2. RUANG ILUSI
1. RUANG TERBUKA
Ruang terbuka juga dikenali sebagai ruang konkrit. Persekitaran kita adalah ruang seperti bangunan, alam sejadi, kenderaan, arca dan sebagainya.
2.RUANG ILUSI
Ruang ilusi adalah ruang yang dihasilkan oleh pengkarya dalam sebuah karya seni visual seperti catan, arca, cetakan, reka bentuk grafik, reka bentuk industri, reka bentuk dalaman, dan reka bentuk persekitaran.
6.3 KONSEP RUANG DALAM KARYA SENI VISUAL.
1. RUANG DALAM
2. RUANG CETEK
3. RUANG RATA
1. RUANG DALAM
Ruang dalam merupakan ruang yang kelihatan jauh. Konsep ruang dalam disebut juga ruang atmosfera. kebiasaannya ruang yang mempunyai kedudukan perspektif titik lenyap adalah ruang dalam bagi sesebuah karya.
2. RUANG CETEK
Ruang cetek merupakan ruang yang kelihatan dekat. kebiasaannya ruang cetek tidak mempunyai kedudukan perspektif titik lenyap. Karya seni seperti potret, figura, dan karya abstrak adalah penggunaan ruang cetek.
3. RUANG RATA
Ruang rata merupakan ruang yang paling minimum dan tidak menunjukkan kededekan kedalaman. Konsep ruang rata adalah mendatar dan tidak ada ruang perspektif langsung. Karya grafik seperti logo, corak dan karya abstrak menggunakan ruang rata.

ruang menunjukkan perspektif jauh dan dekat |
objek dihadapan lebih jelas |
6.2 JENIS-JENIS RUANG
1.RUANG TERBUKA
2. RUANG ILUSI
1. RUANG TERBUKA
Ruang terbuka juga dikenali sebagai ruang konkrit. Persekitaran kita adalah ruang seperti bangunan, alam sejadi, kenderaan, arca dan sebagainya.
ruang alam sejadi |
ruang nyata |
2.RUANG ILUSI
Ruang ilusi adalah ruang yang dihasilkan oleh pengkarya dalam sebuah karya seni visual seperti catan, arca, cetakan, reka bentuk grafik, reka bentuk industri, reka bentuk dalaman, dan reka bentuk persekitaran.
ruang pada ukiran |
ruang pada karya grafik |
6.3 KONSEP RUANG DALAM KARYA SENI VISUAL.
1. RUANG DALAM
2. RUANG CETEK
3. RUANG RATA
1. RUANG DALAM
Ruang dalam merupakan ruang yang kelihatan jauh. Konsep ruang dalam disebut juga ruang atmosfera. kebiasaannya ruang yang mempunyai kedudukan perspektif titik lenyap adalah ruang dalam bagi sesebuah karya.
2. RUANG CETEK
Ruang cetek merupakan ruang yang kelihatan dekat. kebiasaannya ruang cetek tidak mempunyai kedudukan perspektif titik lenyap. Karya seni seperti potret, figura, dan karya abstrak adalah penggunaan ruang cetek.
lukisan yang menggunakan ruang cetek |
potret dan ruang cetek |
3. RUANG RATA
Ruang rata merupakan ruang yang paling minimum dan tidak menunjukkan kededekan kedalaman. Konsep ruang rata adalah mendatar dan tidak ada ruang perspektif langsung. Karya grafik seperti logo, corak dan karya abstrak menggunakan ruang rata.
Langgan:
Catatan (Atom)