Khamis, 17 Mac 2011

JALINAN

1.2 JALINAN
Jalinan ialah sifat permukaan sesuatu objek atau karya seni yang boleh dieksperimen atau dilaksanakan melalui penglihatan ilusi atau deria sentuh. jalinan boleh didapati melalui objek alam atau objek buatan manusia.

sisik ikan adalah jalinan semula jadi


jalinan pada ukiran adalah jalinan buatan manusia











JENIS-JENIS JALINAN
  1. JALINAN SENTUH
  2. JALINAN TAMPAK
JALINAN SENTUH
jalinan sentuh ialah permukaan yang mempunyai jalinan yang boleh dirasa melalui deria sentuh. Apabila disentuh deria akan merasai kesat, lembut, kasar, lembik, dan sebagainya. contohnya permukaan kasut, tayar kereta, jalan raya, batu bata, buah nanas, dan sebagainya.

permukaan ukiran kayu


permukaan tapak kasut
 

permukaan dinding

permukaan tayar kereta











JALINAN TAMPAK
Jalinan tampak ialah jalinan yang boleh dilihat melalui ilusi, tetapi tidak dapat dirasa melalui deria sentuh. Namun demikian, ia seolah-olah mempunyai satu jalinan. contoh gambar permukaan marmar, kertas pembungkus hadia, kulit tembikai dan sebagainya.
permukaan kulit tembikai
SIFAT-SIFAT JALINAN

TAJAM

LEMBUT

 
KASAR

HALUS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan