Jumaat, 25 Mac 2011

RUPA

1.3 RUPA

Rupa ialah suatu kawasan yang berbeza dari ruang di sekeliling dan bersifat dua dimensi ( tidak berjisim )
Rupa adalahh hasil daripada garisan yang bertemu dari hujung ke pangkal melalui satu ruang. Bayangan kita sewaktu terkena cahaya adalah rupa.  


contoh logo



corak
















C O N T O H  RUPA M U K A  T A I P

JENIS-JENIS RUPA

a) RUPA GEOMETRI

Terdiri daripada bulat, segi empat, segi tiga, serta rupa-rupa lain yang bersudut. Rupa geometri direka dengan sengaja dan tidak timbul secara tidak sengaja.

















 b) RUPA ORGANIK

rupa bebas tanpa sudutdinamakan rupa organik. dapat berubah secara bebas dan tidak direka dengan sengaja. rupa badannya tidak mempunyai tepian serta keluk yang tertentu. rupa organik seakan-akan mempunyai nyawa dan akan menukar rupanya pada bila-bila masa sahaja.




















c) RUPA POSITIF DAN NEGATIF
  •   Rupa objek yang diletakkan di atas sesuatu permukaan. Rupa ini dinamakan sebagai rupa positif.
  •   Ruang disekeliling rupa objek tersebut adalah rupa negatif.


rupa positif



rupa negatif


Khamis, 17 Mac 2011

JALINAN

1.2 JALINAN
Jalinan ialah sifat permukaan sesuatu objek atau karya seni yang boleh dieksperimen atau dilaksanakan melalui penglihatan ilusi atau deria sentuh. jalinan boleh didapati melalui objek alam atau objek buatan manusia.

sisik ikan adalah jalinan semula jadi


jalinan pada ukiran adalah jalinan buatan manusia











JENIS-JENIS JALINAN
  1. JALINAN SENTUH
  2. JALINAN TAMPAK
JALINAN SENTUH
jalinan sentuh ialah permukaan yang mempunyai jalinan yang boleh dirasa melalui deria sentuh. Apabila disentuh deria akan merasai kesat, lembut, kasar, lembik, dan sebagainya. contohnya permukaan kasut, tayar kereta, jalan raya, batu bata, buah nanas, dan sebagainya.

permukaan ukiran kayu


permukaan tapak kasut
 

permukaan dinding

permukaan tayar kereta











JALINAN TAMPAK
Jalinan tampak ialah jalinan yang boleh dilihat melalui ilusi, tetapi tidak dapat dirasa melalui deria sentuh. Namun demikian, ia seolah-olah mempunyai satu jalinan. contoh gambar permukaan marmar, kertas pembungkus hadia, kulit tembikai dan sebagainya.
permukaan kulit tembikai
SIFAT-SIFAT JALINAN

TAJAM

LEMBUT

 
KASAR

HALUS

Jumaat, 11 Mac 2011

ASAS SENI REKA

ASAS SENI REKA

  1. UNSUR SENI
  2. PRINSIP REKAAN
1. UNSUR SENI
  1. GARISAN
  2. JALINAN
  3. RUPA
  4. BENTUK
  5. WARNA
  6. RUANG
2. PRINSIP REKAAN

  1. HARMONI
  2. KONTRA
  3. PENEGASAN
  4. KESEIMBANGAN
  5. PERGERAKAN
  6. KEPELBAGAIAN
  7. KESATUAN
1.1 GARISAN

Garisan dalam konteks seni visual ialah kesan yang dihasilkan dengan menggunakan alat, media, atau bahan yang dimulakan dari satu titik permulaan merentasi sesuatu kawasan di atas sesuatu permukaan.

.......................................................................................................................................

------------------------------------------------------------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
titik-titik membentuk satu garisan

Aplikasi garisan dalam seni visual
garisan dapat kita bentuk melalui lorekan , goresan, torehan, cakaran, dan sebagainya. Apabila anda menghasilkan karya seni visual, alat dan bahan dapat membantu anda untuk menghasilkan pelbagai garisan . Antaranya ialah :

Garisan melahirkan rupa















Garisan mewujudkan ruang yang berlainan dari segi saiz, jarak, dan intensiti















Garisan pada karya seni visual

Garisan menimbulkan ton dan kesan pergerakan ilusi